Sunday 24 March 2013

Ulasan Artikel (Dewan Bahasa Okt 2012)

assalamualaikum...
 Hasil daripada  pembacaan  saya  melalui petikan  artikel bertajuk “Bahasa  Slanga Remaja Cabaran Memartabatkan Bahasa Melayu” hasil penulisan oleh Muhamad Daud terbitan Dewan Bahasa pada oktober 2012  menurut  pemahaman  saya  tentang  bahasa  slanga  merupakan  bahasa  atau  pertuturan yang  sering  digunakan  dalam  kelompok  manusia dan hanya  kelompok  berkenaan  sahaja  yang  memahaminya.Selain  itu,  bahasa  slanga  ini  merupakan  bahasa  yang  wujud  dalam  pelbagai  bahasa  di  dunia  ini  termasuklah  bahasa  inggeris.Sebagai  contoh  Muffin-top  yang mana  merujuk  kepada  bahagian  daging  daripada  pinggang  yang  terjulur  keluar  apabila  memakai  seluar  dan  skirt  yang  ketat.

Disamping  itu, ada  beberapa  pihak  menganggap  bahasa  slanga  merupakan  dialek  daerah  sahaja.Dimana  ianya  telah  di masukkan konteks  lokasi  iaitu  perbezaan  pertuturan  dan  bahasa  dari  satu  negeri  ke  negeri  yang  lain.Walaubagaimanapun,bahasa  slanga  ini  amat  subur  di  kalangan  golongan  remaja.Berikutan  kerana  golongan  tersebut  mempunyai  pengaruh  teman  yang  begitu  besar  dan  kuat  dalam  kehidupan  mereka. Hal  ini  berlaku  akibat  daripada   remaja  peringkat  umur  16  hingga  18  tahun  amat  memerlukan  teman  baik  sama  jenis  mahupun  berlainan  jenis.Tambahan  pula , emosi  yang  dihadapi  oleh  remaja  sama ada    dari  aspek  pelajaran ,percintaan  dan  kewangan  juga  menyebabkan  bahasa  slanga  ini  wujud.Dimana,remaja berasa  istilah  yang  ada   sekarang    seolah-olah masih  tidak  mampu  untuk  menerangkan  emosi  yang  dihadapi  oleh  mereka.Menurut  penulis,bahasa  slanga  ini  pada  mulanya  berkembang  di  kalangan  pelajar  universiti dan  persekitaran  mereka.Misalnya  istilah  “snake”  iaitu  merujuk  kepada  pensyarah  yang  tidak  memberikan  soalan  peperiksaankepada  mahasiswa.Hal  ini  berlaku  akibat  daripada  kesan  golongan  remaja  ini  hidup  didalam  kelompok  mereka  sendiri  dan  sentiasa  dibayangi  oleh  kehidupan  yang  menekankan  pelajaran  dan  social  lebih-lebih  lagi bagi  mereka yang  berumur  dalam  lingkungan 20-an.

Pada  pendapat  saya,  bahasa  slanga  ini  mempunyai  kelebihan dimana  dengan  menggunakan  bahasa  slanga  ini yang  juga  sebagai  seorang  remaja,penggunaan  bahasa  ini  akan  lebih  membuatkan  kita  lebih  mudah  untuk  berkomunikasi  dan  lebih  selesa  untuk dituturkan.Tambahan  pula ,penggunaan  perkataan  yang  hanya  kumpulan  tersebut  yang  memahaminya  membuatkan  kita  akan  merasakan  selamat  dalam  membincangkan  tanpa  diketahui  oleh  pihak  lain.Dengan  wujudnya  bahasa  slanga  ini  mereka  merasa  mereka  dapat  menerangkan  emosi  yang  dihadapi  mereka  dengan  lebih  jelas  dan  lebih  mudah  difahami  oleh  teman.Namun  ia  juga  mempunyai  kelemahan  dan  sering  di salahgunakan  oleh  penjenayah  atau  kumpulan  yang  menjalan  kegiatan  negatif .Bahasa  slanga  ini  digunakan  agar  kegiatan  mereka  tidak  dapat  di  hidu  oleh  pihak  lain.Mereka  menggunakan  bahasa  tersebut  untuk  berinteraksi  dengan  ahli  kumpulan  mereka  sahaja  dan  hanya  ahli kumpulan  tersebut  sahaja  yang  memahaminya  misalnya  “ayam”  dan  “sanggul” iaitu  merujuk  kepada  pelacur.

Selain  itu,  golongan  remaja  gemar  memendek  atau  meringkaskan  perkataan  bagi  mempercepatkan  bagi  memudahakan  dalam  penyebutan sesuatu  perkatan.Sebagai  contohnya  Add math(Additional Mathematics).lab(laboratory) dan  CC (Cyber Cafe).Di samping  itu,remaja  juga  sering  menggunakan  bahasa  slanga  ini  didalam  jenaka  atau untuk  gurau  senda.Contohnya  “kawad” merujuk  berjalan  seperti  askar  atau  “kerengga”  iaitu  punggung  tonggek.Dimana  wujudnya  istilah-istilah  ini  dapat menghiburkan mereka  dalam  meneruskan  kehidupan  yang  penuh  mencabar.


Secara  keseluruhannya,bahasa  slanga  boleh  digunakan  dalam  komunikasi  tidak  rasmiantara  kelompok  masyarakat  tertentu  yang  mempunyai  hubungan  yang  rapat  atau  dekat  tetapi  ia  tidak  boleh  digunakan terutamanya   dalam  sesi   pengajaran  dan  pembelajaran  di  sekolah.Selain  itu , ia  juga  tidak  boleh  digunakan  dalam  komunikasi  atau  interaksi antara  masyarakat  yang  berbeza  umur  dan  peringkat  kerana  dapat  menimbulkan  masalah. Disamping  itu, pengaruh  negatif  yang  mampu  merosakkan bahasa  Melayu  begitu  mudah  disebarkan  kepada  masyarakat  lantaran  wujudnya  pelbagai  medium  yang  luas  penggunaanya. Oleh  itu,  ia  perlu  dibentuk  sejak  dibangku  sekolah  lagi,dimana  peranan  guru terutamanya  guru  bahasa  Melayu  sangat  dituntut  untuk  memberi  pendedahan  awal  tentang  kelemahan  bahasa  ini. Akhirnya  sama-samalah  kita  memartabatkan  bahasa Melayu  agar  dapat  menjadikan  bahasa  melayu  lebih  kukuh  penggunaannya  sebagai  bahasa  utama  dan  bahasa  rasmi di  negara  kita.

 #Ini pula serba sedikit  contoh-contoh bahasa slanga hasil dari  petikan artikel tesebut.. 


Contoh Bahasa  Slanga

1)Bahasa Slaga yang sering digunakan oleh pelajar universiti

Bahasa  Slanga
Bahasa  Melayu
(merujuk  kepada  perkataan yang sepatutnya)
Snake
Pensyarah  yang tidak member  soalan  kepada  mahasiswa
Killer
Pensyarah yang sukar  member  markah kepada mahasiswa.
Kacang
Mata pelajaran yang senang
Karipap
Merujuk kepada gred D
Koyak
Gagal


2)Bahasa  Slanga  yang  sering digunakan oleh golongan remaja

Bahasa  Slanga
Bahasa  Melayu
(merujuk  kepada  perkataan yang sepatutnya)
Mat Rempit
Gambarkan seseorang yang  menunggang motorsikal secara berbahaya tanpa menghiraukan undang-undang serta keselamatan diri
Cun
Perempuan cantik
Balak
Teman lelaki
Awek
Teman perempuan
Dating
Keluar dengan teman lelaki atau perempuan(berdua-duan)



3)Penggunaan  bahasa  slanga yang diringkaskan dan dijadikan istilah untuk jenaka

Bahasa  Slanga
Bahasa  Melayu
(merujuk  kepada  perkataan yang sepatutnya)
Add Math
Subjek additional mathemathics (matematik tambahan)
Math Mod
Mathematics modern(matematik modern)
Prep
Preparation class(kelas persediaan)
Lab
Laboratory (makmal)
Cc
Cyber café(pusat komputer)
Kawad
Gambarkan jalan seperti askar
Fear Factor
Menunjukkan lauk yang kurang enak
Kerengga
Punggung tonggek
Rong
Rongak
Bajet lawa
Mereka yang perasan cantik
Ucuk
Berbau busuk