Wednesday 20 March 2013

Masyarakat Dan Budaya (Adat Perkahwinan Bugis)


Assalamualaikum......          
 Entri kali  ini saya  ingin berkongsi  pengetahuan   sedikit  sebanyak  tentang adat perkahwinan  suku kaum  Bugis di Malaysia . Dimana,  suku   kaum   Bugis  adalah  merupakan  salah  satu   bangsa   Melayu   yang terdapat   di Malaysia. Suku   kaum  Bugis ini    lebih   tertumpu  di kawasan  Pantai  Timur   Sabah   dan   Selatan  Semenanjung  Malaysia. Suku  kaum Bugis   ini   sebenarnya   berasal   dari   kepulauan   Sulawesi di   Indonesia. Namun,   suku   kaum  bugis  telah   berhijrah   ke   Tanah Melayu   sebelum   negara   ini  mencapai   kemerdekaan  lagi. Suku   kaum  Bugis   merupakan   antara   suku   kaum  terawal   yang   datang   dan   menetap   ke  Tanah   Melayu. Suku   kaum   Bugis    berhijrah   ke  Tanah   Melayu   telah  menetap   dan    mendirikan institusi   kekeluargaan   serta   melahirkan   zuriat   dan  waris   sehinggalah   ke    generasi sekarang. Suku   kaum    Bugis   ini   juga   seperti   masyarakat   lain   yang   mempunyai   adat, kepercayaan,   tulisan   dan   bahasa   yang   tersendiri. Walaubagaimanapun,   cara   dan  kebudayaan   masyarakat   Bugis   tidak   jauh   beza   dengan    masyarakat   Melayu   di  semenanjung Malaysia . Oleh   yang    demikian, keadaan   ini   tidak   merumitkan    masyarakat Bugis   untuk    bergaul   dengan   masyarakat   Melayu   di   Tanah   Melayu.

            Pengaruh   bahasa   Bugis   di    Sabah   terutamanya  di    daerah   Tawau    memang   tidak  dapat   dinafikan. Hal   ini   kerana,  pengaruh   bahasa   dan   adat  istiadat  Bugis   bukan   sahaja   diamalkan   oleh   masyarakat   Bugis, malah   pengaruh   ini   turut   di   perluaskan   ke dalam   kehidupan   harian   masyarakat   bukan  bugis. Situasi   ini   menyebabkan   ramai  memberi   andaian    bahawa   masyarakat  Tawau terdiri  daripada  masyarakat  Bugis   semata-mata   walaubagaimana pun  , penduduk   Tawau   turut  didiami  oleh  masyarakat  dan  suku bangsa   lain   seperti   Bajau,   Banjar,   Tidong,   Bisaya,   Kokos,   Kadazan-Dusun , dan   bangsa-bangsa   lain.  Bahasa  Bugis   juga  dikenali   sebagai   Bugis, Basa   Ugi   atau   Ugi   yang   mana   bahasa ini dipertuturkan oleh etnik Bugis iaitu seramai 4 juta di Indonesia (terutamanya Sulawesi Selatan) dan Malaysia. Bahasa  Bugis   tergolong   dalam   keluarga bahasa   Austronesia. Bahasa   Bugis   kebiasaannya   ditulis   menggunakan   konsonan   Lontara   iaitu    berdasarkan    konsonan    Brahmi.Kini  , bahasa Bugis   turut   ditulis    dalam   tulisan   Rumi. Sebahagian besar masyarakat Bugis adalah penganut agama Islam.

Kebudayaan  bugis juga  boleh  dilihat  dari  sudut  bentuk  perkampungannya.  Dimana bentuk  perkampungan  bugis  merupakan gabungan  sejumlah  keluarga  dengan  jumlah  rumah sekitar  antara 10 -200 buah  rumah. Manakala, lokasi  atau  penempatan  suku  bugis  pada  umumnya  saling   berderetan   serta  menghadap  ke arah selatan. Kebiasaannya, dalam teknik  pembuatan  untuk  suku  kaum  bugis  ini,suku  bugis  ini  akan  menggunakan  ramuan  khusus  kemudiannyan  akan  dipasang  pada  tiang  penyangga  rumah  bertujuan  untuk  menggelakan  daripada  bahaya. Dimana,  ruang tambahan tersebut di kenali sebagai lego-lego.

Seperti  suku kaum yang  menapak  di Malaysia  yang  lain  juga,suku  kaum  Bugis  juga  mempunyai  adat  perkahwinan  tersendiri. Adat  upacara  perkahwinana   di  daerah  Sulawesi  Selatan ,dimana,  masyarakat   Melayu   yang   beragama   Islam   akan   mengadakan   adat merisik   dan   meminang.  Walau   bagaimanapun   bagi   kaum   Bugis,tiada   adat  untuk pertunangan. Hal  ini  kerana,  bagi  mereka, yang  paling   penting  ialah   hari   pernikahan. Ibu bapa  kaum   Bugis   beranggapan   bahawa   pertunangan   boleh   menimbulkan    fitnah   di kalangan   masyarakat. Hal ini juga   timbul   kerana   tempoh   pertunangan    yang   lama memungkinkan    fitnah. Walaupun  begitu,   terdapat    majlis   yang   menyerupai   adat bertunang, tetapi   masyarakat   Bugis   tidak   menganggapnya   sebagai  adat bertunang. Disamping itu , penceraian  adalah  merupakan perkara  yang  paling  tidak  di  gemari  oleh  kaum  tersebut.
Selain  itu,  untuk  undangan  perkahwinan, bagi  suku  kaum  bugis  ini  ia sudah menjadi kebiasaan   untuk   mengundang   orang   ramai   menggunakan   khidmat   dua   orang   wanita untuk   memanggil.Memanggil  merupakan   cara   yang    menjadi   kebiasaan  kaum bugis. Dengan   membawa   dulang   berisi   rokok    atau   gula-gula,  dibalut   dengan   kain.  Walau pelbagai   alternatif   lain seperti   jemputan    melalui    kemudahan  teknologi  komunikasi  masa  kini  iaitu  muka buku(facebook),kad undangan,Memanggil   masih  diamalkan   sehingga  hari ini.
 Majlis  yang  menyerupai adat  bertunang   ini   digelar  mapendrekdoik  membawa  maksud  membawa  hantaran  atau  lebih  mudah  naik  duit.  Dalam   majlis    ini,  pihak   lelaki   akan   membawa    wang   hantaran yang   telah   ditetapkan   semasa   meminang  yang  mana  hamper  sama  dengan  adat  perkahwinan  melayu. Sebilangan   besar   daripada   keluarga   pihak   perempuan    akan menerima   kesemua   wang   hantaran   dan    selebihnya   hanya   menerima   sebahagian   sahaja.   Oleh   yang  demikian,   semasa   dulang   hantaran   diberikan   ketika   majlis pernikahan,   dulang   wang   hantaran   sekadar   simbolik    sahaja,kerana   wang   hantaran telah   pun   diserahkan   kepada   pihak   perempuan   untuk   menampung kos perbelanjaan majlis persandingan.

            Seterusnya  merupakan  majlis  yang  di  kenali  sebagai malam mappaci atau lebih dikenali   sebagai   malam  berinai.Majlis  ini  dilakukan pada malam sebelum hari nikah keesokkan hari  nya.Hanya  dilakukan  di  rumah    pengantin   perempuan  dan   malam  mappaci   adalah   malam  untuk   pengantin   perempuan   sahaja.Untuk  upacara  ini  pengantin  perlu  menyediakan  bahan-bahan  tertentu  dimana  bahan  tersebut  mempunyai  maksud  yang  dipercyai sejak  zaman  nenek moyang  mereka.Contoh bahan yang perlu  ada  untuk  mengadakan  upacara  malam mapacci  ini  ialah  11  helai  kain  sutera  bugis, yang  mana  kain  ini adalah  untuk  golongan  bangsawan  yang  memberi  maksud penghormatan  kepada   bakal   pengatin  dan  menunjukkan orang    bugis   mempunyai   harga diri  yang   tinggi.Selain  itu , daun pisang pula   memberi  maksud  kesinambungan.Di mana, melalui  perkahwinan boleh mngeratkan  silaturrahim   dan  boleh  membesarkan keluarga dengan  pertambahan zuriat. Daun nangka juga  diperlukan pada malam  tersebut  dengan  member makna  bahawa  orang bugis sentiasa  berusaha, bercita-cita   tinggi.Di samping  itu,beras disediakan dengan beranggapan  bahawa  ahli  keluarga  mendoakan  bakal  pengantin akan  hidup bahagia.Tambahan juga lilin  turut disediakan bertujuan  untuk  member  keterangan kepada  kehidupan  baru  untuk  bakal  pengantin. Akhirnya daun ini  bermaksud kesucian  menurut kepercayaan suku kaum bugis ini.
       Rajah 1.1 Menunjukkan malam malam mappaci kaum bugis.
       Rajah1.2 Menunjukkan tempayaan atau aper(tempt solo) kaum Bugis.
  Rajah 1.3 Menunjukkan bahan yang perlu disediakan semasa malam mappaci


 Seperti  adat kaum lain,kaum Bugis  ini juga mengamal majlis persandingan  untuk   meraikan pengantin pada  majlis  tersebut. Majlis bersanding  ini  tidak akan   dibiarkan   hambar   kerana kemeriahan   penting  bagi  suku kaum ini bertujuan  untuk meraikan pengantin dan tetamu yang hadir.Majlis  persandingan   selalunya   akan  diadakn  di luar rumah.Sarapo atau khemah perkahwinan  adalah  tempat  dimana majlis persandingan  ini akan diadakan.Sarapo diperbuat  dari buluh  yang   didirikan   menjadi  sebuah   khemah  yang  besar.Bagi  proses   untuk  membina   sarapo ini   selalu nya  akan dibuat  seminggu  sebelum  majlis.Sarapo  ini  akan  diusahakn   oleh   ahli keluarga , saudara mara , kawan-kawan , dan jiran tetangga.Bagi  kaum  ini  masih  mengamalkan  semangat kekitaan  atau  lebih  sinonim  dengan  semangat  kerjasama untuk lebih  mudah  di  fahami.Semangat  ini   sangat  dititik  beratkan  dalam  kaum  bugis. Segala kerja dilakukan  bersama-sama.Di bahagian dapur juga begitu,segala  aktiviti  masak  memasak akan dilaksanakan  sesama mereka. 
        Rajah1.4 Menunjukkan pakaian pengantin perempuan kaum Bugis

     Rajah 1.5 Menunjukkan majlis persandingan dan pakaian traditional kaum Bugis

     

Majlis persandingan  ini  biasanya  akan bermula  pada  sebelah petang bermula   jam  2 petang sehingga 12 malam. Bagaimanapun,jangkaan   waktu   majlis  tersebut  juga   bergantung  kepada keputusan  tuan   rumah  untuk   melaksanakan   majlis   itu   dalam  waktu   yang bagaimana.Di samping  itu, malam sanding merupakan   malam   yang  sangat meriah.Rata-rata perkahwinan   bugis  akan   mengundang   kumpulan muzik jemputan    untuk  menghiburkan   penonton   dantetamu  yang  hadir. Semasa  majlis  persandingan  tetamu  akan melihat  sebuah  tempayan atau aper (tempat  solo) .Dimana,  tetamu  akan  memasukkan  sumbangan  berupa  duit  atau  cek  yang  boleh ditunaikan   kedalam  tempayan  tersebut.Tempayan ini akan diletakkan   di  atas  pelamin.Selepas itu ,tetamu akan bersalaman dengan pengantin , makan sambil berhibur dan  seterusnya  pulang.
            Dengan  melihat  sedikit  sebanyak  tentang  adat  perkahwinan suku  kaum Bugis  tersebut,ia  dapat membuat  kesimpulkan   bahawa  suku  kaum  Bugis  ini  mempunyai  budaya  yang sangat  unik  untuk  didalami.Selain  itu,semangat  kerjasama  sangat  dititikberatkan  serta  telah  di pupuk sejak  dari  dahulu kala  lagi.Adt  ini  perlu  dikekalkan  untuk  di  persembahkan  kepada  generasi  akan  datang  agar  mereka  dapat  mengetahui  pelbagai  budaya  dan  masyarakat  dan  seterusnya  dapat  menyambung  adat  dan  istiadat  kaum  Bugis  yang  sangat  unik  ini.  



2 comments: