Sunday 10 March 2013

zura's


Azura  binti  Azai  merupakan  nama   yang   telah   di  berikan   oleh   ibu kepada  puteri  keduanya   hasil  perkahwinan   Azai   bin  Satar  dan Asiah  binti  Md Nor  yang merupakan  insan  yang  terlalu  bernilai  buat  aku  emak  dan  abah  aku. Menjadi salah seorang anak  hasil dari  perkahwinan  mereka  merupakan  perkara  yang  tidak  akan  pernah  aku  menyesal seumur  hidup  aku.Berlatar belakangkan kehidupan yang serba  kekurangan,namun sentiasa bahagia disamping mereka  aku bahagia.Negeri Pahang merupakan  tempat kelahiran aku yang mana sehingga  kini masih  lagi  menetap di negeri itu.Sekolah kebagsaan Ulu Luit merupakan  bermulanya  pendidikan aku  di  alam  persekolahan dari tahun satu  sehingga tamat nya  tahun enam.Seterusnya ,menyambungkan  pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 sehingga  tamat  tingkatan lima.
            Setelah tamat  di alam  persekolahan  aku  ditawarkan  ke  matrikulasi  didalam  bidang perakaunan. Aku  ditempatkan  di  negeri  jelapang  padi  iaitu  di  Kolej  Mara  Kuala Nerang, Kedah. Kemudian setelah tamat pembelajaran  di  kolej  tersebut  aku  kemudian  Alhamdulillah aku ditawarkan pula  untuk melanjutkan pengajian aku di menara gading yang mana menjadi  impian kedua orang tua ku  yang mahu melihat aku dapat belajar di sana.Dalam kegembiraan itu,namun aku tahu  kedua  ibu bapa aku mula resah  untuk mencari wang  berikutan  yuran pengajian aku terlalu besar bagi mereka.Namun berkat pertolonganNya,ibu bapa aku mampu menghantar aku ke Universiti Utara Malaysia diamana disana aku  ditawarkan jurusaan pengurusan perniagaan logistik dan pengangkutan selama empat tahun.
            Pertama kali menjejakkan kaki ke  university  ini,niat aku  hanya  satu  agar  apabila  aku keluar  dari  sini  aku  akan  menjadi  insan  yang  mempunyai  ilmu  yang  cukup  untuk merubah  nasib keluarga aku yang serba kekurangan agar menjadi lebih  selesa,in shaa allah.Mengibas kembali sewaktu mula-mula masuk ke pintu gerbang universiti ini aku berasa teruja akan  keluasan tempat tersebut.Semua ahli keluarga ku menghantar aku sehingga kebilik  dana kemudiannya bertolak pulang kerumah  setelah  urususan pendaftaran aku selesai.Aku kemudiannya menghabiskan 4 hari disana dengan menghadiri minggu  suaikenal.Setelah berlalunya sesi suaikenal tibalah masa  untuk mengahadiri kuliah pertama  dan  ketika itu bermula lah  kehidupan aku sebagai seorang mahasiswi di Universiti Utara Malaysia.Namun hari demi hari aku sudah biasa menjalani  kehidupan  sebagai mahasiswa disini selama tiga tahun.Alhamdulillah,berkat doa ibu bapa aku,aku masih mampu menghadapi cabaran  sebagai seorang yang bergelar mahasiswi.Kini aku masih terus gigih  untuk menamatkan penganjian aku disini dan tidak sabar rasanya untuk mendapat gelaran  mahasiswi dan  memegang segulung  ijazah  untuk di persembahkan kepada ibu dan bapa aku kelak.

No comments:

Post a Comment