assalamualaikum...
Hasil daripada pembacaan
saya melalui petikan artikel bertajuk “Bahasa Slanga Remaja Cabaran Memartabatkan Bahasa
Melayu” hasil penulisan oleh Muhamad Daud terbitan Dewan Bahasa pada oktober
2012 menurut pemahaman
saya tentang bahasa
slanga merupakan bahasa
atau pertuturan yang sering
digunakan dalam kelompok
manusia dan hanya kelompok berkenaan
sahaja yang memahaminya.Selain itu,
bahasa slanga ini
merupakan bahasa yang
wujud dalam pelbagai
bahasa di dunia
ini termasuklah bahasa
inggeris.Sebagai contoh Muffin-top
yang mana merujuk kepada
bahagian daging daripada
pinggang yang terjulur
keluar apabila memakai
seluar dan skirt
yang ketat.
Disamping itu, ada
beberapa pihak menganggap
bahasa slanga merupakan
dialek daerah sahaja.Dimana
ianya telah di masukkan konteks lokasi
iaitu perbezaan pertuturan
dan bahasa dari
satu negeri ke
negeri yang lain.Walaubagaimanapun,bahasa slanga
ini amat subur
di kalangan golongan
remaja.Berikutan kerana golongan
tersebut mempunyai pengaruh
teman yang begitu
besar dan kuat
dalam kehidupan mereka. Hal
ini berlaku akibat
daripada remaja peringkat
umur 16 hingga
18 tahun amat
memerlukan teman baik
sama jenis mahupun
berlainan jenis.Tambahan pula , emosi
yang dihadapi oleh
remaja sama ada dari
aspek pelajaran ,percintaan dan
kewangan juga menyebabkan
bahasa slanga ini
wujud.Dimana,remaja berasa
istilah yang ada
sekarang seolah-olah masih tidak
mampu untuk menerangkan
emosi yang dihadapi
oleh mereka.Menurut penulis,bahasa slanga
ini pada mulanya
berkembang di kalangan
pelajar universiti dan persekitaran
mereka.Misalnya istilah “snake”
iaitu merujuk kepada
pensyarah yang tidak memberikan soalan
peperiksaankepada
mahasiswa.Hal ini berlaku
akibat daripada kesan
golongan remaja ini
hidup didalam kelompok
mereka sendiri dan
sentiasa dibayangi oleh
kehidupan yang menekankan
pelajaran dan social
lebih-lebih lagi bagi mereka yang
berumur dalam lingkungan 20-an.
Pada pendapat
saya, bahasa slanga
ini mempunyai kelebihan dimana dengan
menggunakan bahasa slanga
ini yang juga sebagai
seorang remaja,penggunaan bahasa
ini akan lebih
membuatkan kita lebih
mudah untuk berkomunikasi
dan lebih selesa
untuk dituturkan.Tambahan pula
,penggunaan perkataan yang
hanya kumpulan tersebut
yang memahaminya membuatkan
kita akan merasakan
selamat dalam membincangkan
tanpa diketahui oleh
pihak lain.Dengan wujudnya
bahasa slanga ini
mereka merasa mereka
dapat menerangkan emosi
yang dihadapi mereka
dengan lebih jelas
dan lebih mudah
difahami oleh teman.Namun
ia juga mempunyai
kelemahan dan sering
di salahgunakan oleh penjenayah
atau kumpulan yang
menjalan kegiatan negatif .Bahasa slanga
ini digunakan agar
kegiatan mereka tidak
dapat di hidu
oleh pihak lain.Mereka
menggunakan bahasa tersebut
untuk berinteraksi dengan
ahli kumpulan mereka
sahaja dan hanya
ahli kumpulan tersebut sahaja
yang memahaminya misalnya
“ayam” dan “sanggul” iaitu merujuk
kepada pelacur.
Selain itu,
golongan remaja gemar
memendek atau meringkaskan
perkataan bagi mempercepatkan bagi
memudahakan dalam penyebutan sesuatu perkatan.Sebagai contohnya
Add math(Additional Mathematics).lab(laboratory) dan CC (Cyber Cafe).Di samping itu,remaja
juga sering menggunakan
bahasa slanga ini
didalam jenaka atau untuk
gurau senda.Contohnya “kawad” merujuk berjalan
seperti askar atau
“kerengga” iaitu punggung
tonggek.Dimana wujudnya istilah-istilah ini
dapat menghiburkan mereka
dalam meneruskan kehidupan
yang penuh mencabar.
Secara keseluruhannya,bahasa slanga
boleh digunakan dalam
komunikasi tidak rasmiantara
kelompok masyarakat tertentu
yang mempunyai hubungan
yang rapat atau
dekat tetapi ia
tidak boleh digunakan terutamanya dalam
sesi pengajaran
dan pembelajaran di
sekolah.Selain itu , ia juga
tidak boleh digunakan
dalam komunikasi atau
interaksi antara masyarakat yang
berbeza umur dan
peringkat kerana dapat
menimbulkan masalah. Disamping itu, pengaruh
negatif yang mampu
merosakkan bahasa Melayu begitu
mudah disebarkan kepada
masyarakat lantaran wujudnya
pelbagai medium yang
luas penggunaanya. Oleh itu,
ia perlu dibentuk
sejak dibangku sekolah
lagi,dimana peranan guru terutamanya guru
bahasa Melayu sangat
dituntut untuk memberi pendedahan awal
tentang kelemahan bahasa
ini. Akhirnya sama-samalah kita
memartabatkan bahasa Melayu agar
dapat menjadikan bahasa
melayu lebih kukuh
penggunaannya sebagai bahasa
utama dan bahasa
rasmi di negara kita.
#Ini pula serba sedikit contoh-contoh bahasa slanga hasil dari petikan artikel tesebut..
Contoh Bahasa Slanga
1)Bahasa
Slaga yang sering digunakan oleh pelajar
universiti
Bahasa Slanga
|
Bahasa Melayu
(merujuk kepada
perkataan yang sepatutnya)
|
Snake
|
Pensyarah yang tidak member soalan
kepada mahasiswa
|
Killer
|
Pensyarah
yang sukar member markah kepada mahasiswa.
|
Kacang
|
Mata
pelajaran yang senang
|
Karipap
|
Merujuk
kepada gred D
|
Koyak
|
Gagal
|
2)Bahasa Slanga
yang sering digunakan oleh golongan remaja
Bahasa Slanga
|
Bahasa Melayu
(merujuk kepada
perkataan yang sepatutnya)
|
Mat
Rempit
|
Gambarkan
seseorang yang menunggang motorsikal
secara berbahaya tanpa menghiraukan undang-undang serta keselamatan diri
|
Cun
|
Perempuan
cantik
|
Balak
|
Teman
lelaki
|
Awek
|
Teman
perempuan
|
Dating
|
Keluar
dengan teman lelaki atau perempuan(berdua-duan)
|
3)Penggunaan bahasa
slanga yang diringkaskan dan
dijadikan istilah untuk jenaka
Bahasa Slanga
|
Bahasa Melayu
(merujuk kepada
perkataan yang sepatutnya)
|
Add
Math
|
Subjek
additional mathemathics (matematik tambahan)
|
Math
Mod
|
Mathematics
modern(matematik modern)
|
Prep
|
Preparation
class(kelas persediaan)
|
Lab
|
Laboratory
(makmal)
|
Cc
|
Cyber
café(pusat komputer)
|
Kawad
|
Gambarkan
jalan seperti askar
|
Fear
Factor
|
Menunjukkan
lauk yang kurang enak
|
Kerengga
|
Punggung
tonggek
|
Rong
|
Rongak
|
Bajet
lawa
|
Mereka
yang perasan cantik
|
Ucuk
|
Berbau
busuk
|