Assalamualaikum......
Entri kali ini saya
ingin berkongsi pengetahuan sedikit
sebanyak tentang adat perkahwinan suku kaum
Bugis di Malaysia . Dimana, suku
kaum Bugis adalah merupakan
salah satu bangsa Melayu yang terdapat
di Malaysia. Suku kaum Bugis ini lebih tertumpu di kawasan Pantai Timur Sabah
dan Selatan Semenanjung Malaysia. Suku kaum Bugis
ini sebenarnya
berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia. Namun, suku kaum
bugis telah berhijrah
ke Tanah
Melayu sebelum negara ini mencapai kemerdekaan lagi. Suku kaum Bugis
merupakan antara suku kaum terawal yang datang dan menetap ke Tanah Melayu. Suku kaum Bugis berhijrah
ke Tanah Melayu
telah menetap
dan mendirikan institusi kekeluargaan
serta melahirkan zuriat
dan waris sehinggalah
ke generasi sekarang. Suku kaum Bugis ini juga seperti masyarakat lain yang
mempunyai adat,
kepercayaan, tulisan dan bahasa
yang tersendiri. Walaubagaimanapun, cara dan kebudayaan masyarakat
Bugis tidak jauh beza dengan
masyarakat Melayu
di semenanjung Malaysia . Oleh yang demikian, keadaan ini tidak merumitkan
masyarakat Bugis untuk
bergaul dengan
masyarakat Melayu di Tanah Melayu.
Pengaruh bahasa Bugis di Sabah
terutamanya di daerah Tawau memang tidak dapat dinafikan. Hal
ini kerana, pengaruh
bahasa dan adat istiadat Bugis bukan sahaja diamalkan
oleh masyarakat
Bugis, malah pengaruh ini turut
di
perluaskan ke
dalam kehidupan harian
masyarakat bukan bugis. Situasi
ini menyebabkan
ramai memberi andaian bahawa masyarakat Tawau terdiri daripada masyarakat Bugis semata-mata
walaubagaimana pun , penduduk Tawau turut didiami
oleh masyarakat dan suku
bangsa lain seperti
Bajau, Banjar,
Tidong, Bisaya, Kokos,
Kadazan-Dusun , dan bangsa-bangsa
lain. Bahasa Bugis juga dikenali sebagai
Bugis, Basa Ugi atau Ugi
yang mana bahasa ini dipertuturkan oleh etnik Bugis
iaitu seramai 4 juta di Indonesia (terutamanya Sulawesi Selatan) dan Malaysia.
Bahasa Bugis tergolong
dalam keluarga bahasa Austronesia. Bahasa Bugis kebiasaannya
ditulis menggunakan
konsonan Lontara iaitu berdasarkan konsonan
Brahmi.Kini , bahasa Bugis turut ditulis dalam tulisan
Rumi. Sebahagian besar masyarakat
Bugis adalah penganut agama Islam.
Kebudayaan bugis juga
boleh dilihat dari
sudut bentuk perkampungannya. Dimana bentuk
perkampungan bugis merupakan gabungan sejumlah
keluarga dengan jumlah
rumah sekitar antara 10 -200
buah rumah. Manakala, lokasi atau
penempatan suku bugis pada umumnya
saling berderetan serta
menghadap ke arah selatan.
Kebiasaannya, dalam teknik
pembuatan untuk suku
kaum bugis ini,suku
bugis ini akan
menggunakan ramuan khusus
kemudiannyan akan dipasang
pada tiang penyangga
rumah bertujuan untuk
menggelakan daripada bahaya. Dimana, ruang tambahan tersebut di kenali sebagai
lego-lego.
Seperti suku kaum yang menapak
di Malaysia yang lain
juga,suku kaum Bugis
juga mempunyai adat
perkahwinan tersendiri. Adat upacara
perkahwinana di daerah
Sulawesi Selatan ,dimana, masyarakat Melayu yang beragama
Islam akan mengadakan
adat merisik dan meminang.
Walau bagaimanapun
bagi kaum Bugis,tiada adat untuk pertunangan. Hal ini
kerana, bagi mereka, yang paling penting ialah hari pernikahan. Ibu bapa kaum Bugis
beranggapan bahawa pertunangan
boleh menimbulkan fitnah
di kalangan masyarakat. Hal ini
juga timbul kerana tempoh pertunangan
yang lama memungkinkan fitnah. Walaupun begitu,
terdapat majlis yang menyerupai
adat bertunang, tetapi masyarakat
Bugis tidak menganggapnya sebagai adat bertunang. Disamping itu ,
penceraian adalah merupakan perkara yang
paling tidak di
gemari oleh kaum
tersebut.
Selain itu, untuk
undangan perkahwinan,
bagi suku kaum
bugis ini ia sudah menjadi kebiasaan untuk
mengundang orang ramai menggunakan
khidmat dua orang
wanita untuk memanggil.Memanggil merupakan
cara yang menjadi
kebiasaan kaum bugis. Dengan membawa
dulang berisi rokok
atau gula-gula, dibalut dengan kain. Walau
pelbagai alternatif lain seperti jemputan
melalui kemudahan teknologi
komunikasi masa kini
iaitu muka buku(facebook),kad
undangan,Memanggil masih diamalkan
sehingga hari ini.
Majlis yang
menyerupai adat bertunang ini
digelar mapendrekdoik membawa maksud
membawa hantaran atau
lebih mudah naik
duit. Dalam majlis ini, pihak lelaki akan membawa
wang
hantaran yang telah ditetapkan
semasa meminang
yang mana hamper
sama dengan adat
perkahwinan melayu. Sebilangan besar daripada keluarga
pihak perempuan akan menerima kesemua
wang hantaran dan selebihnya hanya menerima sebahagian sahaja.
Oleh yang demikian,
semasa dulang
hantaran diberikan ketika majlis pernikahan, dulang
wang hantaran sekadar
simbolik sahaja,kerana wang hantaran telah pun diserahkan
kepada pihak perempuan untuk menampung kos perbelanjaan majlis
persandingan.
Seterusnya merupakan
majlis yang di
kenali sebagai malam mappaci atau lebih dikenali sebagai
malam berinai.Majlis ini dilakukan
pada malam sebelum hari nikah keesokkan hari nya.Hanya dilakukan di rumah
pengantin perempuan dan malam mappaci
adalah
malam untuk pengantin
perempuan sahaja.Untuk
upacara ini pengantin
perlu menyediakan bahan-bahan
tertentu dimana bahan
tersebut mempunyai maksud
yang dipercyai sejak zaman
nenek moyang mereka.Contoh bahan
yang perlu ada untuk
mengadakan upacara malam mapacci
ini ialah 11
helai kain sutera
bugis, yang mana kain
ini adalah untuk golongan
bangsawan yang memberi
maksud penghormatan kepada bakal pengatin dan
menunjukkan orang bugis mempunyai harga diri yang tinggi.Selain
itu , daun pisang pula memberi maksud kesinambungan.Di
mana, melalui perkahwinan boleh
mngeratkan silaturrahim dan boleh membesarkan
keluarga dengan pertambahan zuriat. Daun
nangka juga diperlukan pada malam tersebut
dengan member makna bahawa orang bugis sentiasa berusaha, bercita-cita tinggi.Di samping itu,beras disediakan dengan beranggapan bahawa
ahli keluarga mendoakan bakal pengantin akan hidup bahagia.Tambahan juga lilin turut disediakan bertujuan untuk
member keterangan kepada kehidupan baru untuk
bakal pengantin. Akhirnya daun ini bermaksud kesucian menurut kepercayaan suku kaum bugis ini.
Rajah 1.1 Menunjukkan malam malam mappaci kaum bugis.
Rajah1.2 Menunjukkan tempayaan atau aper(tempt solo) kaum Bugis.
Rajah 1.3 Menunjukkan bahan yang perlu disediakan semasa malam mappaci
Seperti
adat kaum lain,kaum Bugis ini
juga mengamal majlis persandingan untuk meraikan pengantin pada majlis
tersebut. Majlis bersanding
ini tidak akan dibiarkan hambar kerana kemeriahan penting bagi suku
kaum ini bertujuan untuk meraikan
pengantin dan tetamu yang hadir.Majlis persandingan
selalunya akan diadakn
di luar rumah.Sarapo atau khemah perkahwinan adalah tempat dimana
majlis persandingan ini akan diadakan.Sarapo diperbuat dari buluh
yang didirikan menjadi sebuah khemah yang
besar.Bagi proses untuk membina
sarapo ini selalu nya akan dibuat seminggu sebelum majlis.Sarapo
ini akan diusahakn oleh ahli
keluarga , saudara mara , kawan-kawan , dan jiran tetangga.Bagi kaum
ini masih mengamalkan
semangat kekitaan atau lebih
sinonim dengan semangat
kerjasama untuk lebih mudah di
fahami.Semangat ini sangat
dititik beratkan dalam kaum bugis.
Segala kerja dilakukan bersama-sama.Di
bahagian dapur juga begitu,segala aktiviti masak memasak
akan dilaksanakan sesama mereka.
Rajah1.4 Menunjukkan pakaian pengantin perempuan kaum BugisRajah 1.5 Menunjukkan majlis persandingan dan pakaian traditional kaum Bugis
Majlis
persandingan ini biasanya
akan bermula pada sebelah petang bermula jam 2 petang sehingga 12 malam. Bagaimanapun,jangkaan waktu majlis tersebut
juga bergantung kepada keputusan tuan rumah untuk
melaksanakan majlis itu dalam
waktu yang bagaimana.Di samping itu, malam sanding merupakan malam
yang sangat meriah.Rata-rata perkahwinan bugis akan mengundang
kumpulan muzik jemputan untuk
menghiburkan penonton dantetamu
yang hadir. Semasa majlis
persandingan tetamu akan melihat
sebuah tempayan atau aper (tempat solo) .Dimana, tetamu akan memasukkan
sumbangan berupa duit
atau cek yang
boleh ditunaikan kedalam tempayan tersebut.Tempayan ini akan diletakkan di atas
pelamin.Selepas itu ,tetamu akan
bersalaman dengan pengantin , makan sambil berhibur dan seterusnya pulang.
Dengan
melihat sedikit sebanyak
tentang adat perkahwinan suku kaum Bugis
tersebut,ia dapat membuat kesimpulkan
bahawa suku kaum
Bugis ini mempunyai
budaya yang sangat unik
untuk didalami.Selain itu,semangat
kerjasama sangat dititikberatkan serta
telah di pupuk sejak dari
dahulu kala lagi.Adt ini
perlu dikekalkan untuk
di persembahkan kepada
generasi akan datang
agar mereka dapat
mengetahui pelbagai budaya
dan masyarakat dan
seterusnya dapat menyambung
adat dan istiadat
kaum Bugis yang
sangat unik ini.
unik :)
ReplyDeletebagus bugis
ReplyDelete