Azura binti
Azai merupakan nama
yang telah di
berikan oleh ibu kepada
puteri keduanya hasil
perkahwinan Azai bin
Satar dan Asiah binti
Md Nor yang merupakan insan
yang terlalu bernilai
buat aku emak
dan abah aku. Menjadi salah seorang anak hasil dari
perkahwinan mereka merupakan
perkara yang tidak
akan pernah aku
menyesal seumur hidup aku.Berlatar belakangkan kehidupan yang
serba kekurangan,namun sentiasa bahagia
disamping mereka aku bahagia.Negeri Pahang
merupakan tempat kelahiran aku yang mana
sehingga kini masih lagi
menetap di negeri itu.Sekolah kebagsaan Ulu Luit merupakan bermulanya
pendidikan aku di alam
persekolahan dari tahun satu
sehingga tamat nya tahun
enam.Seterusnya ,menyambungkan
pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 sehingga tamat
tingkatan lima.
Setelah tamat di
alam persekolahan aku
ditawarkan ke matrikulasi
didalam bidang perakaunan.
Aku ditempatkan di
negeri jelapang padi
iaitu di Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah. Kemudian setelah tamat
pembelajaran di kolej
tersebut aku kemudian
Alhamdulillah aku ditawarkan pula untuk melanjutkan pengajian aku di menara
gading yang mana menjadi impian kedua
orang tua ku yang mahu melihat aku dapat
belajar di sana.Dalam kegembiraan itu,namun aku tahu kedua
ibu bapa aku mula resah untuk
mencari wang berikutan yuran pengajian aku terlalu besar bagi mereka.Namun
berkat pertolonganNya,ibu bapa aku mampu menghantar aku ke Universiti Utara
Malaysia diamana disana aku ditawarkan
jurusaan pengurusan perniagaan logistik dan pengangkutan selama empat tahun.
Pertama kali menjejakkan kaki ke university ini,niat aku hanya satu
agar apabila aku keluar dari sini aku
akan menjadi insan yang
mempunyai ilmu yang
cukup untuk merubah nasib keluarga aku yang serba kekurangan agar
menjadi lebih selesa,in shaa allah.Mengibas
kembali sewaktu mula-mula masuk ke pintu gerbang universiti ini aku berasa
teruja akan keluasan tempat tersebut.Semua
ahli keluarga ku menghantar aku sehingga kebilik dana kemudiannya bertolak pulang kerumah setelah
urususan pendaftaran aku selesai.Aku kemudiannya menghabiskan 4 hari
disana dengan menghadiri minggu
suaikenal.Setelah berlalunya sesi suaikenal tibalah masa untuk mengahadiri kuliah pertama dan
ketika itu bermula lah kehidupan
aku sebagai seorang mahasiswi di Universiti Utara Malaysia.Namun hari demi hari
aku sudah biasa menjalani kehidupan sebagai mahasiswa disini selama tiga
tahun.Alhamdulillah,berkat doa ibu bapa aku,aku masih mampu menghadapi
cabaran sebagai seorang yang bergelar
mahasiswi.Kini aku masih terus gigih
untuk menamatkan penganjian aku disini dan tidak sabar rasanya untuk
mendapat gelaran mahasiswi dan memegang segulung ijazah
untuk di persembahkan kepada ibu dan bapa aku kelak.
No comments:
Post a Comment